Ekonomi Malaysia diunjur berkembang empat peratus tahun ini

Ekonomi Malaysia diunjur berkembang empat peratus tahun ini

Abdul Rasheed pada pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga di Sasana Kijang, hari ini. - Foto Bernama

Abdul Rasheed pada pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga di Sasana Kijang, hari ini. – Foto Bernama

EKONOMI Malaysia diunjur mencatatkan pertumbuhan 4.0 peratus tahun ini dan antara 4.0-5.0 peratus pada 2024, selepas mengambil kira petunjuk kukuh ekonomi negara, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.

Beliau berkata, unjuran itu adalah berasaskan kepada permintaan kukuh terhadap kereta penumpang serta peningkatan penggunaan swasta sambil menambah data ekonomi Malaysia juga menunjukkan daya tahannya dalam menghadapi kejutan luaran yang berterusan.

“Sebagai sebuah ekonomi yang pelbagai, Malaysia dijangka dapat mencapai pertumbuhan yang disasarkan untuk tahun depan,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi Suku Ketiga 2023, di sini, hari ini.

Abdul Rasheed juga berkata, bahawa bank pusat telah mempertimbangkan pengenaan cukai perkhidmatan lapan peratus dalam Belanjawan 2024, yang boleh mempengaruhi penggunaan awam.

Sumber