Ekonomi Malaysia berkembang 3.3 peratus pada suku ketiga – BNM

Ekonomi Malaysia berkembang 3.3 peratus pada suku ketiga – BNM

Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 3.3 peratus pada suku ketiga 2023 daripada 2.9 peratus pada suku kedua tahun ini. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Abdul Rasheed)

Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 3.3 peratus pada suku ketiga 2023 daripada 2.9 peratus pada suku kedua tahun ini. – Gambar hiasan (Gambar kecil: Abdul Rasheed)

[DIKEMAS KINI] EKONOMI Malaysia berkembang sebanyak 3.3 peratus pada suku ketiga 2023 daripada 2.9 peratus pada suku kedua tahun ini, disokong oleh permintaan dalam negeri yang berdaya tahan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata, perbelanjaan isi rumah terus disokong oleh pertumbuhan selanjutnya dari segi guna tenaga dan upah, manakala aktiviti pelaburan disokong oleh kemajuan projek berbilang tahun dan pengembangan kapasiti oleh syarikat.

“Eksport kekal lembap berikutan kelemahan permintaan luaran yang berpanjangan. Bagaimanapun, keadaan ini sebahagiannya diimbangi oleh kemasukan pelancong asing yang kembali pulih.

“Dari segi penawaran, sektor perkhidmatan, pembinaan dan pertanian terus menyokong pertumbuhan,” katanya pada pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga pada Jumaat.

Sumber