Data ekonomi AS lemah, ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Data ekonomi AS lemah, ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang negara Asean pada Jumaat. - Gambar hiasan

Ringgit didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang negara Asean pada Jumaat. – Gambar hiasan

RINGGIT kekal mencatatkan aliran tinggi apabila meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa sesi awal dagangan pada Jumaat, berikutan data ekonomi AS yang lemah, kata pakar ekonomi.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6300/6380 berbanding dolar AS daripada 4.6525/6565 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, anggaran terakhir bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2023 AS sebenar adalah pada 4.9 peratus, lebih rendah berbanding tinjauan konsensus pada 5.2 peratus.

Beliau berkata, susulan itu, Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.62 peratus kepada 101.775 mata.

Sumber