Bursa Malaysia ditutup paras tertinggi harian

Bursa Malaysia ditutup paras tertinggi harian

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.48 mata kepada 1,463.40 daripada 1,456.92 ketika ditutup semalam. - Foto hiasan

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.48 mata kepada 1,463.40 daripada 1,456.92 ketika ditutup semalam. – Foto hiasan

BURSA Malaysia mengakhiri penurunan selama tiga hari berturut-turut apabila ditutup di paras tertinggi harian pada Selasa, didorong aktiviti pembelian semasa harga murah susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.48 mata kepada 1,463.40 daripada 1,456.92 ketika ditutup semalam.

Indeks barometer itu dibuka 1.21 mata lebih tinggi kepada 1,458.13 namun susut serendah 1,456.16 ketika sesi pagi sebelum meningkat kepada 1,463.40 semasa jam dagangan terakhir, disokong oleh pembelian pada saat-saat akhir.

Lingkungan pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 500 berbanding 411, manakala 472 kaunter tidak berubah, 991 kaunter tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Sumber