Wanita 30 tahun ke atas wajar kuatkan jisim otot

Wanita 30 tahun ke atas wajar kuatkan jisim otot

GOLONGAN wanita dinasihatkan supaya jangan mengambil ringan aspek kekuatan jisim otot.

Menerusi perkongsian laman sosial Instagram milik @coach_fridajeb kenaikan jisim otot paling maksimum adalah sehingga berusia 30 tahun.

Selepas itu, kebanyakan individu akan mengalami kehilangan otot (sarcopenida) secara perlahan-lahan.

Justeru, bagi membantu para wanita khususnya memiliki jisim otot yang kuat @coach_fridajeb berkongsi tip menarik:

1- Selain berdiet secara sihat, anda disarankan melakukan aktiviti fizikal dan bersenam supaya otot sentiasa ada ‘keperluan’ untuk kekal dalam badan.

2- Otot yang kurang mendapat beban akan mula beradaptasi dengan aktiviti seharian dan semakin cepat menurun.

3- Mereka yang berusia 30 tahun dan ke atas jangan bimbang kerana aktiviti bersenam secara konsisten otot akan lebih terjaga.

4- Kurangkan lemak dalam diri, sebaliknya tingkatkan jisim otot. Walaupun berat tetapi ia adalah simpanan berharga.


Sumber: @coach_fridajeb



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *