Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Filem Seram Tembuni Berdarah Bongkar Rahsia Susuk dan Perbezaan Dunia Kecantikan Antara Generasi
  • Artist
  • ATTRACTION
  • Entertainment
  • Filem
  • Movie

Filem Seram Tembuni Berdarah Bongkar Rahsia Susuk dan Perbezaan Dunia Kecantikan Antara Generasi

Helmi Aziz September 18, 2025 (Last updated: September 18, 2025) 3 minutes read
IG SIZE copy

Berbeza dengan filem seram tempatan lain yang pernah dipasarkan sebelum ini, Tembuni Berdarah mengetengahkan isu pemakaian susuk dalam dunia estetika kecantikan serta perbezaan ideologi antara generasi lama dan generasi baharu berhubung penggunaan amalan syirik sebagai jalan pintas untuk mencapai kejayaan. Diterbitkan oleh Lindo Production Sdn Bhd, Tembuni Berdarah merupakan karya seram terbaru arahan Dr Ahmad Idham dengan barisan pelakon yang terdiri daripada Sophia Albarakbah, Niezam Zaidi, Khatijah Tan, Shahirah Shahora, Riezman Khuzaimi serta Mia Nasir. Menurut Ahmad Idham, meskipun beliau sudah menghasilkan pelbagai genre filem seram, permintaan untuk mengembalikan sentuhan seperti dalam Jangan Pandang Belakang dan Congkak masih lagi ada. Beliau menjelaskan bahawa Tembuni Berdarah menampilkan suasana serupa dengan kedua-dua filem tersebut, namun dengan struktur yang berbeza kerana cuba mengangkat konflik dua ideologi generasi berkaitan amalan syirik. Katanya lagi, jalan cerita filem ini relevan dengan keadaan masa kini apabila ramai yang bergantung kepada dunia estetika kecantikan untuk menjaga penampilan agar kelihatan cantik dan awet muda. Disebabkan masa tontonan penonton semakin singkat, beliau turut mengurangkan elemen drama yang sarat dialog untuk menekankan lebih banyak kejutan dalam penceritaan.

Tambahnya lagi, filem seram Melayu kebiasaannya tidak lari daripada unsur saka, manakala filem seram Indonesia lebih banyak menonjolkan hantu kuntilanak sebagai subjek utama. Beliau juga berpuas hati dengan kesungguhan yang ditunjukkan semua pelakon termasuk Sophia Albarakbah yang diberikan cabaran lebih berat sebagai teraju utama. Sophia diminta membawakan lakonan berani dengan adegan yang kotor, bermain dengan darah, beraksi di kubur pada waktu malam dan keluar daripada zon selesanya agar tidak hanya tampil cantik semata-mata. Ahmad Idham turut mendedahkan bahawa Sophia yang pernah menuntut dalam bidang perubatan dan bekerja di hospital nyata tidak kekok ketika berinteraksi dengan peralatan perubatan atau melakonkan babak berkaitan pesakit.

Tembuni Berdarah menjalani penggambaran selama 20 hari di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor termasuk dalam bulan Ramadan tahun ini. Filem ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 25 September 2025.

Kisah Tembuni Berdarah mengisahkan Dr Izara lakonan Sophia Albarakbah yang berhasrat mengembangkan perniagaan produk kecantikan miliknya dengan percaya bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya selain usaha gigih dan kerja keras. Namun, neneknya Bok Miah lakonan Khatijah Tan yang mengamalkan ilmu hitam mempunyai pandangan berbeza. Bagi Bok Miah, ilmu yang dimiliki tidak seharusnya disia-siakan dan wajar digunakan untuk membantu keturunan agar hidup senang. Filem ini mengundang persoalan sama ada Dr Izara akan tetap teguh dengan prinsipnya atau akhirnya tunduk kepada kehendak neneknya. Ia turut menyingkap misteri di sebalik perceraian Dr Izara dengan Aidan lakonan Niezam Zaidi dan sama ada amalan ilmu hitam neneknya menjadi punca perpisahan itu.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Aura Jung Yong Hwa Penuhi Kuala Lumpur, 2,000 Peminat Terhibur di Konsert Solo
Next: MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
5 SEBAB KENA TENGOK PEWARIS SUSUK copy 2 (1)
  • Artist
  • Filem Seram
  • Telefilem

5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Luqman Hakim May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.