Antara Cinta Terlarang dan Maruah Keluarga: Dilema Bapa Saudara dan Anak Saudara dalam Wali Dalam Tangisan

Persoalan sama ada sanggup melangkaui batas hubungan kekeluargaan demi cinta ataupun mengorbankan kebahagiaan sendiri menjadi tunjang utama kepada siri Viu Original terbaharu, Wali Dalam Tangisan (Tears Between Us). Drama 12 episod yang mula ditayangkan pada 19 November 2026 ini menjadi penutup tirai istimewa Viu bagi tahun 2026 dengan jalan cerita yang cukup meruntun jiwa.

Menampilkan gandingan sulung Jazmy Juma dan Ezzanie Jasny dalam produksi Viu Original, drama ini mengisahkan keakraban Alif (Jazmy Juma) dan anak saudaranya, Suraiya (Ezzanie Jasny). Membesar bersama dengan perbezaan usia hanya empat tahun menjadikan hubungan mereka sangat rapat. Namun, segalanya berubah apabila Alif membawa pulang teman wanitanya, Marsya lakonan Syad Mutalib.

Suraiya mula dihimpit rasa cemburu dan gelora perasaan yang sekian lama dipendam kerana menyedari ikatan darah antara mereka. Hakikatnya, Alif juga memendam rasa cinta yang sama terhadap Suraiya, tetapi sanggup memendamkannya demi menjaga maruah serta ikatan kekeluargaan. Konflik memuncak apabila kakak kepada Alif yang juga ibu saudara Suraiya meninggal dunia secara mengejut sekali gus menguji ketahanan emosi mereka di saat duka dan tekanan keluarga melanda.

Diarahkan bersama oleh Riza Baharudin dan Jamal Khan berdasarkan skrip tulisan Liza Nur, karya ini turut menampilkan pelakon berbakat Haidar Hasanudin. Suasana melankolik drama ini turut diserikan dengan runut bunyi rasmi berjudul Cinta Terlarang nyanyian penyanyi bersuara lunak Khai Bahar, yang telah meraih lebih 50 anugerah sepanjang kariernya.

Jangan ketinggalan menyaksikan kesudahan dilema Alif dan Suraiya di aplikasi Viu atau www.viu.com. Penonton juga berpeluang melanggan pakej gabungan Viu dan iQIYI International pada harga bermula RM19.90 sebulan untuk hiburan Asia tanpa batas.