GOLONGAN wanita dinasihatkan supaya jangan mengambil ringan aspek kekuatan jisim otot. Menerusi perkongsian laman sosial Instagram milik @coach_fridajeb kenaikan jisim otot paling maksimum adalah sehingga berusia 30 tahun. Selepas itu, kebanyakan individu akan mengalami kehilangan otot (sarcopenida) secara perlahan-lahan. Justeru, bagi membantu para wanita khususnya memiliki jisim otot yang kuat @coach_fridajeb berkongsi tip menarik: 1- Selain berdiet secara sihat, anda disarankan melakukan aktiviti fizikal dan bersenam supaya otot sentiasa ada ‘keperluan’ untuk kekal dalam badan. 2- Otot yang kurang mendapat beban akan mula beradaptasi dengan aktiviti seharian dan semakin cepat menurun. 3- Mereka yang berusia 30 tahun dan ke atas jangan bimbang kerana aktiviti bersenam secara konsisten otot akan lebih terjaga. 4- Kurangkan lemak dalam diri, sebaliknya tingkatkan jisim otot. Walaupun berat tetapi ia adalah simpanan berharga. Sumber: @coach_fridajeb Sumber Post navigation Mitos tentang ubat panadol Sengaja gemukkan badan sampai 100kg!