YTL Communications tawar iPhone 15, iPhone 15 Plus hanya RM1

YTL Communications tawar iPhone 15, iPhone 15 Plus hanya RM1

Dapatkan iPhone 15 terkini atau serendah RM 21 sebulan dengan komitmen Yes 5G bagi tawaran harga yang paling mudah diakses dan berpatutan untuk rakyat Malaysia menikmati data dan kelajuan 5G yang tidak terhad.

SYARIKAT pengendali mudah alih, YTL Communications membuat kejutan dengan menawarkan pembelian telefon bimbit keluaran Apple iaitu iPhone 15 dan iPhone 15 Plus hanya RM1 bersama pakej rangkaian Yes 5G.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, Yes 5G mengadakan Yes 11.11 Sales Day untuk memberi peluang kepada orang ramai memiliki telefon bimbit itu dalam tempoh yang terhad pada 11 November lalu di Lot 10, Kuala Lumpur.

Menurutnya, sambutan luar biasa diterima apabila ratusan pelanggan mula berbaris seawal jam 7 pagi bagi merebut peluang mendapatkan tawaran pakej tersebut.

“Bagi yang terlepas peluang itu, orang ramai boleh mengumpulkan bintang di laman web Yes dengan menyelesaikan tugasan mudah. Selepas kesemua 15 bintang terkumpul, mereka layak dianugerahkan Pas Yes 11.11.

Sumber