VIPSHOP tawar barangan jenama mewah dengan harga berpatutan

VIPSHOP tawar barangan jenama mewah dengan harga berpatutan

Majlis Pelancaran aplikasi VIPSHOP yang dirasmikan oleh Pengarah Pemasaran Vipshop Asia Tenggara, Sylvia Ong. Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Majlis Pelancaran aplikasi VIPSHOP yang dirasmikan oleh Pengarah Pemasaran Vipshop Asia Tenggara, Sylvia Ong. Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

SYARIKAT membeli-belah dalam talian, VIPSHOP menawarkan promosi sebanyak 70 peratus untuk jenama terpilih bermula 17 hingga 31 Oktober 2023 sempena pelancaran aplikasi mereka di negara ini.

Pengarah Pemasarannya di Asia Tenggara, Sylvia Ong berkata, antara jenama tersebut termasuk Adidas, Coach, Puma, Skechers, Kiehl’s, L’occitane dan banyak lagi.

Menurutnya, walaupun aplikasi tersebut baru sahaja dilancarkan pada Mei tahun ini, namun ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

“Malaysia dipilih menjadi cawangan kedua di Asia Tenggara selepas Singapura kerana kami ingin memenuhi permintaan barangan berjenama mewah dengan harga berpatutan.

Sumber