[VIDEO] Suri rumah sertai #QuranHour For Gaza di Kluang

[VIDEO] Suri rumah sertai #QuranHour For Gaza di Kluang

KLUANG – Program #QuranHour For Gaza “Kemanusiaan Sejagat” di Surau Al- Riyadhu Al-Muttaqin Taman Kluang Indah pada Ahad mendapat sambutan baik daripada golongan suri rumah yang juga peserta Rumah Ngaji di daerah ini.

Pengusaha Rumah Ngaji Tunas Intan Kluang, Zainap Mohd Zain berkata, peluang menyertai #QuranHour for Gaza tidak dilepaskan peserta untuk sama-sama mengangkat surah al- Insan dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Menurutnya, selain itu terdapat juga suri rumah yang menyertai #QuranHour For Gaza secara dalam talian.

“Surah al-Insan menyeru untuk semua insan bersatu padu ke arah satu matlamat. Sekarang ini, kita semua sedang bersatu hati, tenaga dan segalanya untuk membantu umat Islam di Gaza.

Peserta program #QuranHour for Gaza di Surau Al- Riyadhu Al-Muttaqin Taman Kluang Indah pada Ahad. Gambar kecil dari kiri: ZAINAP, ZALIHA, dan AMYLIA)

Peserta program #QuranHour for Gaza di Surau Al- Riyadhu Al-Muttaqin Taman Kluang Indah pada Ahad. Gambar kecil dari kiri: ZAINAP, ZALIHA, dan AMYLIA)

“Alhamdulilah, kami di Kluang dapat menjadi sebahagian daripada penggerak #QuranHour For Gaza yang cukup besar maknanya kepada keamanan di Gaza,” katanya.

Sementara itu, Pengusaha Rumah Ngaji Taman Sri Kluang, Zaliha Shariff berkata, umat Islam di negara ini seharusnya bersyukur dengan keamanan yang dinikmati dan tidak melupakan untuk membantu umat Islam di Gaza.

“Sakit mereka (umat Islam di Gaza), sakit kita juga. Kepedihan yang mereka rasakan di sana, kita juga rasai di sini.

“Apa yang terdaya, kita bantu. Banyakkan berdoa dan membaca surah-surah di dalam al- Quran agar keamanan mampu diwujudkan,” katanya.

Suri rumah, Amylia Zulaika Suharzi, 41, berkata, walaupun sibuk dengan tugasan harian menguruskan rumah tangga, namun dia tidak melepaskan peluang untuk menyertai #QuranHour For Gaza.

Suri rumah tidak melepaskan peluang menyertai program #QuranHour for Gaza di Surau Al- Riyadhu Al-Muttaqin Taman Kluang Indah, pada Ahad

Suri rumah tidak melepaskan peluang menyertai program #QuranHour for Gaza di Surau Al- Riyadhu Al-Muttaqin Taman Kluang Indah, pada Ahad

“Pagi ini cukup istimewa kerana dapat bersama-sama rakan membaca surah al-Insan untuk #QuranHour For Gaza.

“Saya rasa sebak mengenangkan apa yang terjadi kepada umat Islam di Gaza. Saya sentiasa doakan mereka agar peperangan ini ditamatkan. Teruskan berdoa untuk keamanan di Palestin,” katanya.

Peserta membaca surah al-Insan pada program #QuranHour for Gaza di Surau Al- Riyadhu Al-Muttaqin Taman Kluang Indah, pada Ahad

Peserta membaca surah al-Insan pada program #QuranHour for Gaza di Surau Al- Riyadhu Al-Muttaqin Taman Kluang Indah, pada Ahad

Program #QuranHour For Gaza diadakan pada Ahad oleh Yayasan Warisan Ummah Islam (WUIF) dengan kerjasama MyAqsa Defenders bagi memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai konflik di Semenanjung Gaza.

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, program bertujuan mengembalikan fokus umat Islam dan bukan Islam untuk memahami nilai surah dalam al-Quran mengenai isu kemanusiaan yang berlaku antara Palestin dengan Israel.

Sumber