USANITA jalin kerjasama dengan usahawan Malaysia, Indonesia

USANITA jalin kerjasama dengan usahawan Malaysia, Indonesia

USANITA Sdn Bhd (USANITA) menjalinkan kerjasama dengan usahawan Indonesia dan Malaysia menerusi program ‘bridge to brilliance ft Jakarta’ bagi memperkasa ekonomi yang lebih mampan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Adzliana Hasan berkata, ia bagi meneroka pasaran dan peluang yang lebih baik serta dapat memperkukuh hubungan serantau melalui jalinan perniagaan.

Menurutnya, usaha kolaborasi tersebut akan dilanjutkan di negara serantau seperti Thailand dan Filipina yang mempunyai potensi tinggi untuk mempromosi produk dan perkhidmatan secara meluas.

“Program ini akan berlangsung pada Januari tahun depan dan kami menawarkan peluang kepada usahawan daripada kedua-dua negara untuk belajar serta bekerjasama, selain menjalin ikatan perpaduan yang teguh.

Sumber