TM beri kontrak 4G MOCN kepada Celcom

TM beri kontrak 4G MOCN kepada Celcom

TELEKOM Malaysia Bhd (TM) memberikan kontrak kepada Celcom Axiata Bhd (Celcom) bagi penyediaan perkhidmatan Rangkaian Teras Pengendali Berbilang 4G atau 4G Multi Operator Core Network (4G MOCN) kepada anak syarikatnya, webe digital Sdn Bhd (webe).

Tempoh penyediaan perkhidmatan itu adalah selama tiga tahun, kata TM dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Nilai kontrak itu akan ditentukan berdasarkan penggunaan dan kadarnya seperti ditetapkan dalam kontrak 4G MOCN.

4G MOCN adalah teknologi perkongsian rangkaian alternatif yang melengkapi perkhidmatan Perayauan Domestik (DR) 2G dan 3G sedia ada menerusi perjanjian yang dimeterai antara syarikat itu, webe dan Celcom pada 28 Jan, 2016.

TM berkata penyediaan perkhidmatan 4G MOCN itu akan meningkatkan lagi liputan rangkaian perkhidmatan webe tatkala webe terus memperluaskan liputan rangkaian LTEnya.

Inisiatif terbaru itu selari dengan usaha berterusan TM untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan aspirasinya ke arah pemupukan gaya hidup digital, katanya. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Telekom Malaysia — Bernama



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *