Tip ibu bersalin kembali sihat

BAGI memastikan wanita sihat dari segi mental dan fizikal selepas bersalin Perunding Obstetrik & Ginekologi Hospital Islam Az Zahrah, Bangi, Selangor, Dr Rusinahayati Mokhtarudin berkongsi lima tip utama.

Antaranya ialah:

1) Mengamalkan pemakanan seimbang supaya memperoleh tenaga yang baik dan memberikan susu badan berzat kepada bayi.

2) Pembahagian masa yang betul antara berehat dan mengendalikan bayi terutamanya sesi menyusukan badan.

3) Mulakan senaman seawal minggu keempat selepas melahirkan bagi mempersiapkan diri agar lebih sihat dan cergas sebelum kembali bekerja.

4) Sentiasa berkongsi masalah dengan pasangan atau ibu bapa jika berasa murung disebabkan sukar membahagikan masa atau terlalu penat.

5) Banyakkan berdoa dan tawakal kepada ALLAH S.W.T agar diri dan keluarga sentiasa dilindungi-NYA.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *