Tiga komponen Kedah Aerotropolis lulus untuk pembangunan

Tiga komponen Kedah Aerotropolis lulus untuk pembangunan

Muhammad Sanusi (empat, kiri) bertukar dokumen dengan Vincent (tiga, kanan) selepas menandatangani perjanjian penubuhan SPV antara PKNK dengan Tahira Air Sdn Bhd bagi membangunkan Kedah Aerotropolis.

Muhammad Sanusi (empat, kiri) bertukar dokumen dengan Vincent (tiga, kanan) selepas menandatangani perjanjian penubuhan SPV antara PKNK dengan Tahira Air Sdn Bhd bagi membangunkan Kedah Aerotropolis.

SEBAHAGIAN daripada projek mega, Kedah Aerotropolis telah diberikan kelulusan bagi membangunkan tiga komponen dalam fasa pertama.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan Persekutuan telah memberi kelulusan kepada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk memulakan pusat Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik pulih (MRO), Sidam Logistics, Aerospace dan Manufacturing Hub (SLAM) dan taman perindustrian dan perniagaan.

Menurutnya, pembinaan untuk Airport City atau terminal lapangan terbang masih dalam pengurusan membabitkan aspek teknikal.

“Saya berharap dalam tempoh singkat dapat realisasikan semua butiran yang dipersetujui untuk bangunkan keseluruhan Kedah Aerotropolis.

Sumber