Teknologi AI bakal bantu pelabur di Malaysia – DDNK

Teknologi AI bakal bantu pelabur di Malaysia – DDNK

Dari kiri Heddy, Nazri dan Nur Azman ketika melancarkan buku terbaharu tulisan Nazri bertajuk 'Autopilot Millionaire' khas untuk para pelabur dengan pendekatan pelaburan terkini. - FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID

Dari kiri Heddy, Nazri dan Nur Azman ketika melancarkan buku terbaharu tulisan Nazri bertajuk ‘Autopilot Millionaire’ khas untuk para pelabur dengan pendekatan pelaburan terkini. – FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID

INTER Pasific Asset Management Sdn Bhd (IPAM) bakal bekerjasama dengan sebuah syarikat daripada Amerika Syarikat (AS) bagi membawa masuk teknologi buatan (AI) untuk membantu pelabur.

Ketua Ahli Ekonomi & Pengurus Dana Bebas IPAM, Datuk Dr Nazri Khan (DDNK) berkata, teknologi AI yang bakal dibawa masuk ini dapat memberikan informasi terkini berkaitan pelaburan dan perdagangan ke dalam sistem syarikat.

Menurutnya, AI yang akan dilancarkan pada Mac akan datang dijangka dapat membantu orang ramai untuk membantu memberikan maklumat situasi terkini berkenaan saham -saham terbaik yang boleh dibeli.

“Para pelabur akan dapat membuat keputusan yang lebih positif dalam pelaburan, dengan bantuan sistem AI yang akan datang ini dalam mengenal pasti saham-saham yang diniaga rendah dan meramalkan saham mana yang berpotensi melonjak naik di masa hadapan.

Sumber