Syarikat Jepun kukuhkan pengeluaran semikonduktor di Kelantan

Syarikat Jepun kukuhkan pengeluaran semikonduktor di Kelantan

Isao (tiga dari kanan) turut memotong riben sempena pelancaran bangunan kedua yang siap dibina.

Isao (tiga dari kanan) turut memotong riben sempena pelancaran bangunan kedua yang siap dibina.

SYARIKAT pengeluar semikonduktor kuasa dan analog milik Jepun, ROHM-Wako Electronics Malaysia (RWEM) mengukuhkan kedudukan di Kelantan dengan penghasilan pemacu pintu terpencil (LSI) analog pertama di negara ini.

Proses pembuatan LSI itu akan dilakukan di bangunan kedua setinggi tiga tingkat, berkeluasan 9,860 meter persegi yang baru siap dibina di Kawasan Perindustrian Padang Tembak Pengkalan Chepa di sini, sekali gus akan merancakkan ekonomi negeri Kelantan melalui penambahan hampir 400 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Presiden ROHM, Isao Matsumoto berkata, LSI direka bentuk untuk memacu semikonduktor kuasa secara optimum seperti IGBT dan SiC selain memainkan peranan penting dalam merealisasikan penjimatan tenaga, kenderaan elektrik dan peralatan industri.

Katanya, Kumpulan ROHM melihat prospek masa depan dalam industri elektronik, terdapat permintaan yang tinggi bagi inovasi untuk menyelesaikan pelbagai isu sosial, dan semikonduktor.

Sumber