‘SOUND CIRCUS FESTIVAL’ KEMBALI TEMUI PEMINAT!

Acara kemuncak Art of Speed Malaysia (AOSM) dibawakan oleh NASTY yang amat dinanti-nantikan saban tahun iaitu “Sound Circus Festival” yang merupakan sebuah festival muzik istimewa seumpamanya yang menghimpunkan nama-nama besar pemuzik underground dan band tanah air serta bertaraf legendaris seperti kumpulan Hujan, bakal beraksi pada 2 dan 3 Julai 2022 ini bermula jam 4 petang sehingga lewat bertempat di lokasi Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

AOSM juga turut mendapat sokongan Tourism Malaysia dibawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui pelan Pemulihan Pelancongan 2022 yang dilancarkan oleh YB Dato’ Sri Hajjah Nancy Shukri dengan tema “Cuti-Cuti Malaysia 2022” dalam usaha menyemarakkan pelancongan domestik.

Pada tahun ini, jenama NASTY iaitu pengeluar produk Global ENDS turut bersama sebagai penaja utama.

Encik Sharifuddin Bujang selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif NASTY berasa ia sebuah penghargaan yang sangat besar dan tidak harus mereka persiakan kerana berpeluang bekerjasama bagi meraikan ulang tahun penubuhan AOSM yang ke-10.

Festival ini bertujuan untuk menyediakan sebuah ruangan khas buat pengunjung untuk menikmati hujung minggu mereka bersama rakan sambil berhibur dengan muzik yang berkualiti dan bertemu pengunjung lain yang mempunyai minat yang sama.

Pada kali ini, Sound Circus Festival akan menyediakan sebuah ruangan khas buat pengunjung untuk menikmati hujung mereka bersama rakan sambil berhibur dengan muzik yang berkualiti dan bertemu pengunjung lain yang mempunyai minat yang sama.

Pada kali ini juga, Sound Circus Festival akan menyediakan dua lokasi yang berbeza, didalam dan luar dewan MAEPS dengan membariskan nama-nama hebat seperti Kumpulan Tangan Hitam, Late Night Frequency, Prasasti, Sweetass, King I Balok People, Iqbal M, Sekumpulan Orang Gila, Hujan, Monotones, Budak Nakal Hujung Simpang, Kugiran Di Tepi Pantai, Akeem Jahat, Ical Mosh, Armpunk Sindicate, Jemson dan The Times.

Tujuan utama AOSM menganjurkan Sound Circus Festival adalah untuk membina platform khusus bagi penggiat dan karyawan muzik untuk mempersembahkan hasil karya dan bakat mereka terutamanya buat artis atau band underground yang tidak berpeluang langsung untuk membuat persembahan di pentas utama yang sama dengan artis terkenal.

Baharu beberapa hari sahaja Sound Circus Festival diwar-warkan di media sosial, tiket berharga RM90 telah habis dijual. Manakalah masih ada lagi tiket kombo yang berharga RM110 dimana pengunjung berpeluang melihat pameran AOSM yang bertempat di dalam dewan MAEPS serta acara Sound Circus Festival.

Bagi yang ingin menyaksikan pameran dan persembahan dalam dewan sahaja, tiket berharga RM35 dan RM55 untuk kemasukan sejam awal masih lagi dijual.

“Kami berharap semoga acara gestival muzik ini kembali seperti biasa dengan lebih ramai pengunjung dan apa yang penting SOP tetap diberikan keutamaan” kata pihak AOSM.

Pembelian tiket di pautan aos2022.qtic.my

Ikuti Facebook https://www.facebook.com/ArtOfSpeedMY , Instagram http://instagram.com/artofspeedmy/ dan Youtube https://www.youtube.com/c/ArtofSpeedMalaysia