Sentimental kayu api panggang daging

ANDA peminat barbeku? Apa kata cuba hidangan barbeku di Beard Brothers BBQ yang menawarkan gaya Texas barbeku yang bersih dan dijamin halal.

Menariknya, hidangan berupa daging itu dimasak menggunakan kayu api.

Rasa kayu api itu akan meresap ke dalam hidangan yang pasti membuatkan anda kecur air liur.

Daging-daging itu akan disalai antara 12 hingga 13 jam bagi membolehkan rasa rempahnya meresap ke setiap bahagian daging.

Seorang pekerja sedang menyalai daging.

Seorang pekerja sedang menyalai daging.

Restoran itu juga dikatakan restoran pertama yang menawarkan hidangan salai berasakan daging untuk setiap menunya.

Pemiliknya, Nazri Jameson memberitahu, kayu api yang digunakan untuk menyalai daging terdiri daripada pokok bakau, pokok getah dan pokok manggis.

“Proses untuk menyalai daging sangat mencabar. Kami perlu bijak untuk mengawal suhu haba agar daging itu kekal lembut dan sempurna.

“Dada ialah bahagian yang sukar untuk dilembutkan. Jika dimasak terlalu lama, ia boleh menjejaskan teksturnya,” ujarnya kepada Dapur Femina baru-baru ini.

Nazri sedang memasukkan kayu api dalam dapur khas sebagai persediaan proses memanggang.

Nazri sedang memasukkan kayu api dalam dapur khas sebagai persediaan proses memanggang.

Nazri (kanan) berdiri dengan berlatarbelakangkan kayu api yang digunakan dalam kerja-kerja memanggang.

Nazri (kanan) berdiri dengan berlatarbelakangkan kayu api yang digunakan dalam kerja-kerja memanggang.

Dari Australia

Beliau memaklumkan, kesemua daging di premisnya segar dan diimport khas dari Australia.

“Daging itu terdiri daripada bahagian tulang rusuk, brisket dan dada. Bagi hidangan kambing pula, dagingnya akan dicarik halus sebelum dihidangkan kepada pelanggan,” katanya.

Berkenaan konsep hidangan pula, setiap sajian akan disertakan bersama roti, kentang putar, biskut dan kacang panggang.

“Resipinya telah diolah bagi menepati kehendak dan cita rasa masyarakat tempatan. Saya gabungkan rempah-ratus untuk memberi sedikit rasa pedas pada hidangan berkenaan,” katanya.

Menu yang mendapat permintaan tinggi.

Menu yang mendapat permintaan tinggi.

Dalam pada itu, ujar Nazri, Beard Brothers BBQ juga bakal memperkenalkan menu segera yang sihat berasaskan ramen iaitu Umami Boru dan Beard Brothers Deli.

Umami Boru penuh dengan kebaikan sup yang mengandungi daging salai yang enak dan menyelerakan.

Beard Brothers Deli pula menampilkan sandwich yang enak yang boleh dinikmati dengan sos buatan sendiri yang pasti memberikan rasa yang berbeza.

Daging panggang yang enak dinikmati bersama kentang putar.

Daging panggang yang enak dinikmati bersama kentang putar.

Brothers Deli yang pasti disukai ramai.

Brothers Deli yang pasti disukai ramai.

*****************

PROFIL

Beard Brothers BBQ

Alamat: P-G-01, Persiaran Tropicana, Tropicana Avenue, Petaling Jaya, Kuala Lumpur

Waktu operasi:

Selasa, Rabu & Khamis: 12 tengah hari hingga 2 petang, 6 petang -10 malam

Jumaat: 6 petang – 10 malam

Sabtu & Ahad – 11 pagi hingga 10 malam

Isnin: tutup

Jenis hidangan: Barbeku dan menu-menu tambahan lain

Harga:

Bergantung kepada kualiti dan jenis daging yang dipilih pelanggan.

Bagi daging lembu bahagian dada, ia ditawarkan pada harga RM19 untuk 100 gram dan tulang rusuk RM31 (100 gram).

Daging kambing pula RM22 bagi 100 gram.

Instagram: beardbrothersbbq



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *