LokaTAG bantu lancar trafik lebuh raya

LokaTAG bantu lancar trafik lebuh raya

Satu lagi peranti sistem kutipan tol elektronik dalam membantu lancarkan aliran trafik

BAGI memudahkan pengguna kenderaan, pembaca tol terbina dalam yang pertama untuk segmen selepas pasaran, LokaTAG dilancarkan baru-baru ini.

Lokatech Engineering Sdn Bhd melalui kerjasama syarikat dari Austria, EFKON yang merupakan pemaju teknologi sistem kutipan tol elektronik inframerah di Malaysia bergabung menjayakan usaha itu.

Pengarah EFKON Asia Sdn Bhd, Helmuth Blasch berkata, syarikatnya sentiasa membuat pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan bagi meningkatkan ciri-ciri pembaca tol elektronik inframerah.

Menurutnya, usaha itu termasuk merancang untuk melengkapkan ia dengan bluetooth dan amaran suara pada masa akan datang.

“Kami menjangkakan sistem kutipan tol elektronik inframerah akan terus memainkan peranan yang penting di negara ini bagi tahun-tahun akan datang.

“Ia terbukti boleh dipercayai, cekap, mudah dan merupakan sistem kutipan tol tanpa tunai yang paling efektif dalam memudahkan aliran trafik berbilang lorong di lebuh raya di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, Pengurus Besar LOKATECH Engineering Sdn Bhd, Ng Shyh Kang percaya wujud potensi yang besar terhadap peranti baharu itu.

“Ia merupakan salah satu alternatif sekiranya anda masih belum menggunakan Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio atau RFID, LokaTAG berfungsi sebagai alat pembayar tol.

“Ia juga merupakan satu peranti seperti SmartTAG tetapi disambungkan terus kepada kereta anda,” katanya.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *