Sentimen berhati-hati dorong dagangan Bursa Malaysia dibuka rendah

Sentimen berhati-hati dorong dagangan Bursa Malaysia dibuka rendah

SENTIMEN pasaran yang berhati-hati berikutan prestasi lemah Wall Street pada Jumaat minggu lepas serta kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi China mendorong Bursa Malaysia bergerak rendah ketika memulakan dagangan pada pagi Isnin.

Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.81 mata kepada 1,443.4 daripada 1,445.21 pada penutup Jumaat.

Indeks utama dibuka pada paras 1,444.89, susut 0.32 mata.

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 149 berbalas 143, manakala 260 kaunter tidak berubah, 1,722 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 214.2 juta unit bernilai RM76.63 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, Wall Street merosot pada Jumaat lepas disebabkan kegiatan pengambilan untung berikutan laporan pendapatan korporat Amerika Syarikat (AS) yang kukuh serta data pekerjaan yang lebih perlahan untuk Julai.

Pada 1 Ogos, firma penarafan kredit Fitch menurunkan penarafan hutang AS sebanyak satu takuk daripada AAA kepada AA+.

Di dalam negara pula, Pak Lengberkata, FBM KLCI menunjukkan daya tahannya dan ditutup lebih tinggi pada Jumaat walaupun terdapat aktiviti pengambilan untung seharian.

“Untuk hari ini, kami mengunjurkan indeks berlegar dalam julat 1,440-1,455 kerana pengumpulan asas secara meluas dijangka berterusan,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB susut dua sen kepada RM5.48, Tenaga turun lima sen menjadi RM9.55, Petronas Chemicals merosot enam sen untuk mencatatkan harga RM6.79, IHH Healthcare lemah satu sen kepada RM6.00 manakala Maybank menambah satu sen kepada RM8.92.

Public Bank, CelcomDigi dan Hong Leong Bank pula kesemuanya tidak berubah pada RM4.12, RM4.42 dan RM19.58.

Bagi saham aktif, Classita dan Advance Synergy masing-masing menambah satu sen kepada 17 sen dan 17.5 sen, MST Golf kehilangan 3.5 sen kepada 56 sen manakala Sapura Energy dan Tanco, kedua-duanya kekal pada 4.5 sen dan 55.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 10.38 mata kepada 10,606.99, Indeks FBMT 100 turun 10.85 mata menjadi 10,300.03 manakala Indeks FBM Emas Syariah merosot 11.45 mata kepada 10,860.1

Indeks FBM ACE susut 19.3 mata kepada 5,234.41 dan Indeks FBM 70 lemah 5.78 mata menjadi 13,915.38.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 5.64 mata kepada 16,136.37, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.82 mata untuk mencatatkan paras 165.68, manakala Indeks Tenaga menokok 3.82 mata kepada 830.18 dan Indeks Perladangan meningkat 7.86 mata kepada 7.088.57. – Bernama

Sumber