Sembelit pun boleh sebabkan slipped disc..

Sembelit pun boleh sebabkan slipped disc..

PROLAPSED Intervertebral Disc (PID) atau Slipped Disc adalah satu kondisi yang kerap terjadi dalam kalangan orang dewasa berusia antara 20-35 tahun.

Antara simptom utama ialah:

1. Kesakitan yang menjalar ke kaki (salah satu atau kedua-dua kaki.

2. Kebas kaki

3. Lemah kaki (boleh libatkan sendi pinggul, lutut, buku lali atau jari kaki)

4. Tidak dapat kawal kencing dan/atau berak (jika tekanan pada bahagian saraf cauda equina)

Ia boleh terjadi apabila:

1. Anda mengangkat beban yang berat

2. Anda terjatuh terduduk

3. Anda batuk berpanjangan

4. Sembelit berpanjangan (banyak meneran)

Haa… sebab tu kita kena makan sayur tau. Bahaya sembelit ni.

Sumber: Perkongsian oleh Pakar Bedah Ortopedik, Dr Ahmad Mahyuddin Mohamed



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *