Seindah Kasih – Bil Musa & Aqmal Ramdan

Seindah Kasih – Bil Musa & Aqmal Ramdan

Sebagai tanda terima kasih kepada semua peminat setianya dan sentiasa menghargai keadaan yang mereka hadapi, Media Prima telah mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen “Seindah Kasih” sempena bulan Ramadan. Ramai rakan artis antaranya Mimi Lana, Anas Ridzuan, Siti Saleha, Luqman Hafidz, Shasha Abedul, Meerqeen, Anna Jobling, Ruhainies, Daniel Fong, Ain Edruce, dan Ejen Ali menyertai kempen Seindah Kasih.

Lagu kempen Seindah Kasih ini telah dibawakan oleh Bil Musa dan Aqmal Ramdan (Naib Juara Terpaling Juara TV3) dan dihasilkan sendiri oleh Bil Musa bersama-sama dengan sahabatnya Asmyar Razqan dan Kirin Saadon. Gabungan suara dua penyanyi yang berbeza genre ini membuatkan lagu ini lebih menarik dan menjadi siulan ramai. Hasil karya Bil Musa ini sememangnya dijangka dapat menarik minat ramai kerana sentuhannya yang unik dalam dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam lagu-lagu beliau sebelum ini. Sementara itu, Aqmal Ramdan yang juga merupakan Naib Johan dalam pertandingan Terpaling Juara TV3 ini pula memiliki suara serak basah membuatkan lagu Seindah Kasih ini semakin sedap untuk didengari.

Keunikan lirik dan muzik lagu Seindah Kasih ini juga merupakan runut bunyi untuk filem Seindah Kasih yang bakal ditayangkan di Tonton bermula 12 April 2023. Mereka berdua berasa bersyukur kerana sentiasa mendapat sokongan yang berterusan daripada masyarakat dan mereka akan terus memberikan karya muzik yang berkualiti khas buat peminat mereka.

Jangan lupa untuk dengarkan Seindah Kasih di semua platform digital muzik dari 29 Mac 2023 dan layari laman web ini untuk maklumat lanjut tentang kempen Seindah Kasih: xtra.com.my/seindahkasih

Turut disertakan adalah lirik lagu Seindah Kasih:

Tajuk: Seindah Kasih

Penyanyi: Aqmal Ramdan & Bil Musa

Penerbit : Amsyar Razqa & Suffren Ghafar

Komposer : Bil Musa, Kirin Saadon, Amsyar Razqa

Penulis Lirik : Bil Musa & Amsyar Rasqa

Arranger : Suffren Ghafar