ZIHA SALLEH BAWAKAN ‘CINTA MALAM PURNAMA’

ZIHA SALLEH BAWAKAN ‘CINTA MALAM PURNAMA’

Ziha Salleh merupakan produk pasaran seni mapan tanah air, yang wujud sejak 2014 sehingga kini. Terbaru, dia berjaya memenangi hadiah Lagu Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-23 menerusi lagu Adat Kasih (AIM23). Beliau telah kembali dengan lagu terbarunya, “Cinta Malam Purnama.” Lagu ini, yang mengisahkan pasangan muda yang jatuh cinta, menggabungkan muzik tradisional dan pop.

Ziha Salleh atau nama sebenarnya Nor Aziha Mohd Salleh dikenali sebagai penyanyi tradisional dan lagu ‘Cinta Malam Pertama’ yang menggabungkan dua genre ini semenangnya memberi kelainan pada dirinya dan para pendengar. Lagu ‘Cinta Malam Purnama’ ini merupakan hasil nukilan daripada komposer dan penulis lirik berpengalaman iaitu Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves

Menurut Ziha, “Cinta Malam Purnama merupakan runut bunyi bagi drama Tonton berjudul Penggali Kubur Miss Sleepwalker. Genre yang saya bawakan kali ini sangat berbeza kerana saya sememangnya dikenali oleh peminat saya sebagai penyanyi yang membawakan lagu-lagu tradisional. Ini merupakan kali pertama saya membawakan lagu yang menggabungkan dua genre iaitu tradisional dan pop. Menarik juga walaupun ini merupakan eksperimentasi saya yang pertama. Tambahan pula lagu ini juga mempunyai elemen muzik seram sesuai dengan drama yang ditayangkan ini. Saya berharap semua pendengar dapat menerima segala hasil karya saya dan terima kasih juga buat keluarga tercinta kerana memberikan saya semangat dan dorongan untuk terus berkarya dalam industri seni ini.”

Penggali Kubur Dan Miss Sleepwalker merupakan drama siri original Tonton yang bergenre Seram, Komedi dan Cinta arahan Azmi Hatta terbitan Orangetree Production Sdn. Bhd. Dibintangi pelakon yang terkenal Izzue Islam dan Riena Diana disiarkan eksklusif hanya di platform penstriman video Tonton yang mempunyai 10 episod bermula 12 Mac 2023. Strim live online drama Penggali Kubur dan Miss Sleepwalker di aplikasi Tonton atau di www.tonton.com.my untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Jangan lupa untuk dengarkan Cinta Malam Purnama di saluran rasmi YouTube Alternate Records & Talent dan semua platform digital.

Turut disertakan butiran lanjut berkaitan lagu Cinta Malam Purnama:

Komposer: Iqie Hugh , Firdaus Rahmat & John Jeeves

Penulis Lirik :Iqie Hugh , Firdaus Rahmat & John Jeeves

Penerbit/ Arranger/Keyboard: Iqie Hugh

Mixing & Mastering: Felix Voon

Label : Alternate Records Sdn Bhd

Artist: Ziha Salleh

Judul:  Cinta Malam Purnama

Verse1: Ding dang ding Jam loceng dah berbunyi dang ding Sudah tiba waktu yang di nanti Jemput ku datang kemari   Ding dang ding Tepat jam dua belas dang ding Menjelma diri ku menghampiri Akhirnya kita disini   Pre-Chorus: Harumnya bunga mawar merah Buat hati terpukau yang melampau   Chorus: Bila awan dileraikan Jaga – jaga kau dijagakan Berteman kejelitaan Cinta bulan purnamaDengar luahan hati ku Denyut – denyut nadi untukmu Malam diseri sempurna Cinta bulan purnama   Verse2: Ding dang ding Kan ku bawa mu pergi dang ding Ke dunia ku alam tersembunyi Sehala takkan kembali   Bridge: Cinta malam purnama Cinta malam pertama Kau dan juga aku Kita kan menuju Lembah berlagu rindu