SCSB tawar kopi seringgit – Sinar Harian

SCSB tawar kopi seringgit – Sinar Harian

Hazirah (dua dari kanan) dan Exco Pembangunan Belia & Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan & Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana, Najwan Halimi (tiga dari kanan) bersama tetamu yang hadir bergambar di hadapan reruai SCSB di Karnival SELBIZ 2023 yang diadakan di Setia Alam Convention Centre.

Hazirah (dua dari kanan) dan Exco Pembangunan Belia & Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan & Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana, Najwan Halimi (tiga dari kanan) bersama tetamu yang hadir bergambar di hadapan reruai SCSB di Karnival SELBIZ 2023 yang diadakan di Setia Alam Convention Centre.

SACC Convec Sdn Bhd (SCSB) tampil kelainan dengan menawarkan kopi seringgit untuk pembelian cawan kedua kepada pengunjung reruainya di Karnival Usahawan Selangor 2023 (SELBIZ 2023) yang sedang berlangsung di Setia City Convention Centre bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Pengurus Kanan Pemasaran SCSB, Hazirah Salleh berkata, tawaran itu sebagai mempromosikan minuman dan makanan yang terdapat di reruai 80 dan 81 milik SCSB di Karnival SELBIZ 2023.

“Di reruai kami, pengunjung akan menikmati kopi terbaik, kek dan waffle yang lazat,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, penglibatan SCSB dan anak syarikatnya, SACC Food Chain Sdn. Bhd. (SFCSB) bertujuan memperkukuhkan kehadiran dan sumbangan mereka dalam industri makanan dan acara konvensyen di Selangor.

“Pelbagai tawaran menarik disediakan di reruai kami. SCSB ingin memberikan peluang kepada pengunjung untuk memenangi cabutan bertuah yang menyediakan hadiah menarik.

“Setiap pembelian di reruai SCSB, pengunjung akan dapat menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi baucar bufet Ramadan 2024 yang akan diadakan di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam,” kata Hazirah.

Sementara itu, beliau berkata, SFCSB sebuah entiti di bawah SCSB telah berusaha keras untuk menyajikan pelbagai hidangan yang berkualiti tinggi kepada pengunjung karnival.

“Kami mengajak semua pengunjung ke SELBIZ 2023 untuk datang bersama-sama merasai pengalaman yang menarik di reruai kami.

“Kami berharap karnival ini akan menjadi platform terbaik untuk menjalin hubungan dengan pelanggan dan industri perniagaan lain yang terlibat di SELBIZ 2023, “ ujar Hazirah.

Sumber