SAHABAT MEDIA CC1M VMY 2014 HULU SELANGOR

SAHABAT MEDIA CC1M VMY 2014 HULU SELANGOR
SAHABAT MEDIA CC1M VMY 2014 HULU SELANGOR
SAHABAT MEDIA CC1M VMY 2014 HULU SELANGOR
Genting Strawberry Leisure Farm
Genting Strawberry Leisure Farm terletak berdekatan Awana. Disini kita boleh membeli Strawberi segar yang telah dipek, memetik Strawberi segar, Strawberi coklat, Strawberi fresh juice dan macam-macam lagi. Kepada anda yang berkunjung kesini, jangan lepaskan peluang untuk memetik Strawberi segar kerana Strawberi yang baru dipetik sudah tentu rasa lebih manis dan kurang rasa masam. Disini juga, terdapat Lavendar Farm yang ditanam secara komersial untuk dijual kepada pengunjung. Sebelum pulang, pengunjung boleh singgah dideretan gerai disini untuk beli dan dijadikan kenang-kenangan.
Genting Happy Bee Farm
Madu lebah Genting di Happy Bee Farm terletak berdekatan Genting View Resort. Lokasi Happy Bee Farm yang strategik dan berdekatan dengan resort ini menjadikan ia lokasi wajib dikunjungi. Disini pengunjung boleh mengenal pelbagai spesies lebah yang menghasilkan madu dan antaranya terdapat Lebah Kelulut, Lebah Kerdil, Lebah Pembunuh. Terdapat juga serangga lain seperti rama-rama, kumbang, ulat gonggok dan lipan. Pohon-pohon hijau yang ditanam disekeliling taman lebah ini mengalakkan lagi proses pendebungaan dan pemprosesan madu dilakukan. Untuk pengetahuan anda, pendebungaan sangat penting kepada sektor pertanian dan perladangan.
Wings Of Kkb 2014: Selangor Bird Race Kuala Kubu Bharu

Dimulakan dengan sesi penerangan dan mengambil buku log. Kemudian dibahagikan pelajar kepada beberapa kategori/kumpulan untuk pergi ke “Checkpoint” yang telah ditetapkan bagi mencatat jenis dan nama burung yang dilihat. Ia bertujuan untuk memupuk semangat berpasukan dan kerjasama.
Genting group merupakan penaja utama bagi kejohanan Selangor Bird Race yang telah diadakan beberapa kali di Kuala Kubu Bharu. Tambahan pula, majlis penyampaian hadiah telah diadakan di majlis makan malam di Awana Resort World Genting Highlands.