Fun trip ke Perak

Fun trip ke Perak

Fun trip ke Perak

Fun trip ke Perak

Hotel Casuarina di Meru, Ipoh, Perak

Fam Trip ke Perak (13)

Hotel Casuarina terletak di tepi highway Bandar Meru Raya Ipoh Perak.

Hotel ini dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak melalui Perak Corporation Berhad. Terdapat lima jenis bilik iaitu Premier Suite, Superior, Deluxe, Studio Suite dan Family Suite. Bagi yang ingin berehat sebentar bolehlah mengambil pakej “Pit Stop” yang dikira caj mengikut jam.  Lokasi Casuarina Hotel ini strategik kerana  terletak bersebelahan dengan Terminal Amanjaya dan Pasaraya Besar Mydin.

Fam Trip ke Perak (16) Fam Trip ke Perak (15)

Hotel Casuarina mempunyai beberapa unit dewan yang sesuai untuk dijadikan tempat pameran (MICE), dewan mesyuarat, konvensyen, insentif, majlis makan malam dan majlis perkahwinan.

Fam Trip ke Perak menu hotel casuarina
menu hotel casuarina

Fam Trip ke Perak (1)

Kelak akan dibina taman tema animasi yang terletak berdekatan dengan Hotel Casuarina. Dibangunkan oleh “Sanderson Group”, taman tema ini mempunyai pelbagai zon animasi yang merangkumi Live Action, Animation Square, Lakeside Zone, Fantasy Forest, Blast Off dan DreamWorks.  Pelbagai karakter kartun akan dipamerkan di taman tema ini iaitu The Croods, Mr Peabody and Sherman, MegaMind, dan juga Casper the Friendly Ghost.

p/s: Sesiapa yang ingin melabur dalam hartanah di Meru Raya, waktu sekarang merupakan waktu yang sesuai untuk membeli hartanah yang boleh dijadikan homestay mahupun guesthouse.

Port Ipoh (People of Remarkable Talent)

Fam Trip ke Perak (7) Fam Trip ke Perak (9)

Port Ipoh merupakan tempat persinggahan bagi pengiat dan pencinta seni terutama di Ipoh dan juga  tempat lain.  Fokus utama disini adalah seni muzik, seni lukisan, seni grafik, seni tarian, seni suara, pementasan dan lain-lain lagi. Bagi mereka yang ingin menyewa galeri di Port Ipoh  atau mahu menganjurkan festival, latihan seni boleh terus hubungi pihak pengurusan.

Nombor : 05-241 2287 (Port Ipoh)

Fam Trip ke Perak (8) Fam Trip ke Perak (9) Fam Trip ke Perak (10) Fam Trip ke Perak (11)

Kellie’s Castle

Kunjungan Kellie’s Castle di Batu Gajah terkenal dengan aktiviti paranormal. Diasaskan oleh William Kellie Smith, pembinaan Kellie Castle telah terbengkalai kerana pengasasnya sakit dan mati. Sesetengah pengunjung yang singgah disini telah terjumpa ‘sesuatu’ atau penampakan di bilik linen tempat menyimpan pakaian, bilik Helen, bilik simpanan arak dan laluan jendela/serambi.  Inginkan khidmat jurupandu? Encik Zam boleh menerangkan kepada pengunjung memgenai sejarah dan latar belakang Kellie Castle.

Badang Malaysia

Pertembungan jaguh-jaguh berentap bagi merebut gelaran juara di Kg. Labu Kubong Padang Rengas.

Fam Trip ke Perak (4) Fam Trip ke Perak (3) Fam Trip ke Perak (2)

Tugas yang diberikan cukup menguji kesabaran dan kekuatan abang-abang sado dan ada juga yang tak dapat menyelesaikan misi yang diberikan . Antara tugas yang diberikan seperti menarik kayu, mengangkat buah kelapa sawit.

(p/s: Hargailah pengorbanan ayah yang bekerja kebun berusaha gigih walaupun tiada otot yang sasa mampu membesarkan anda semua. Sob)

Pada majlis makan malam itu, ADUN Lubuk Merbau – YB Datuk Siti Salmah Jusak (Pengerusi Badang Malaysia 2014) telah menyampaikan Anugerah Istimewa Badang Malaysia dan kepada semua peserta Badang Malaysia yang terlibat. Persembahan D’Baru Bara dan Mus May telah menutup tirai majlis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *