Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Perak Media Trip
  • ATTRACTION

Perak Media Trip

Helmi Aziz September 25, 2014 (Last updated: April 29, 2015) 4 minutes read
SAMSUNG CAMERA PICTURES

Perak Media Trip Homestay Maju Manik

Perak Media Trip Homestay Maju Manik

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Ketika di Homestay Maju Manik, kami dihidangkan labu rebus, pecal dan ubi ketuk (ubi getuk). Kami juga menikmati minuman kopi ‘Rindu’ pastinya membuatkan kita  rindu untuk datang kembali ke Homestay Maju Manik. Pukulan rebana Perak megakhiri kunjungan kami di Maju Manik. Antara aktiviti koperasi Maju Manik seperti perusahaan kuih bahulu        ( bahulu cermai, bahulu pecah lapan dan bingka), penternakan burung puyuh dan bersawah padi.  Jika kita menginap di homestay tersebut, kita boleh melihat persembahan kesenian ‘pukung’. Apa itu pukung? Nantikan artikel seterusnya…..

Perak Media Trip Menara Condong Teluk Intan

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Menara Condong Teluk Intan merupakan salah satu daya tarikan pelancongan di Teluk Intan yang masih bertahan hingga kini. Terdapat pasar malam berkonsepkan uptown berdekatan Menara Condong yang boleh pelawat kunjungi. Manakala Pasar ‘Gerbang malam’ dibuka hingga jam 2 pagi.

Batu Tenggek (Sitting Boulder)

Batu Tenggek terletak di persimpangan lampu isyarat dan berhadapan bangunan SKOMK. Batu Tenggek ini diletak sebagai Tugu Peringatan askar perajurit yang telah terkorban semasa Perang Dunia Kedua. Cuba lihat kedudukan batu ini yang kelihatan seperti bertenggek. Menarik bukan.

Pasir Salak Resort

SAMSUNG CAMERA PICTURESSAMSUNG CAMERA PICTURES

Terletak berhampiran sungai Pasir Salak dan tempat-tempat menarik sekitarnya menjadikan Pasir Salak Resort tempat kunjungan pengunjung. Bagi penggemar yang ingin melihat matahari terbenam, anda boleh berkunjung kesini. Antara tempat menarik di Pasir Salak adalah Kompleks Sejarah Pasir Salak, makam hero sejarah Pasir Salak iaitu Sipuntum, Muzium Pasir Salak, Kubur James W.W. Birch, Monumen Rela Rentaka, masjid Pasir Salak, dan Dato ‘Maharaja Lela Fortress.

Perak Media Trip Lost World of Tambun theme park

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Taman Tema Lost World Of Tambun terletak di Persiaran Sunway ini dibuka dari pagi hingga malam. Jika anda terlalu sibuk pada waktu siang, kunjungan pada waktu malam sangatlah berbaloi kerana air hangat di Lost World Hot Springs & Spa mampu melegakan keletihan dan tekanan anda.

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Gerai makanan seperti kacang kuda, yong tau fu,  Ipoh White Coffee, bahulu dan buah potong berkonsepkan gerai Ipoh Street dibuka dari siang hingga malam.

SAMSUNG CAMERA PICTURES

Sarapan pagi di Lost World of Tambun Garden Terrace menyajikan pelbagai juadah sarapan pagi seperti Nasi Lemak, Mee Goreng, Bihun Goreng, Pasta Goreng, Roti bakar dan lain-lain.

Sesi pertunjukkan memberi makanan kepada harimau sekali dalam sehari di Lost World of Tambun Petting Zoo dinanti-nantikan oleh pengunjung yang hadir. Pelbagai jenis burung, rakun, arnab, kura-kura, kambing, rusa, burung kakak tua, tikus belanda dan landak turut terdapat di zoo.

Taman Tema Lost World Of Tambun mempunyai banyak daya tarikan dan permainan antaranya  gelongsor air Cliff Racer, Kid’s Exploratory, Adventure River, Tube Raiders, meriam air, air pancut, baldi air gergasi, Dragon Flights, kuda pusing Perak Parade, Giddy Galleon, kereta api merah lokomotif antik Advanture Express, tin Valley, Team Building Park dan Adventure Roller Coaster .

Kafe Kepura merupakan Gua Batu Kapur yang dijadikan tempat beristirehat oleh pengunjung yang hadir.

Perak Media Trip The Banjaran Hot Springs Retreat

SAMSUNG CAMERA PICTURESSAMSUNG CAMERA PICTURES

Banjaran Hot Spring hanya 7 minit perjalanan dengan menaiki kereta dari Lost World of Tambun. Ketibaan kami disambut mesra oleh Ms. Adelene dan Dr. Kumar.

Amazing, marvelous, calming and very relaxing! That’s my feeling the moment I arrived there. Staf  very polite and will greet and smile when u meet them. – Respons from jounalist

Itulah ungkapan yang boleh saya gambarkan tentang konsep spa, kolam air panas, fish spa, urutan aromaterapi, gua meditasi, gua wap termal, laluan reflexology, mandian ais, terapi antioksidan, kolam air panas geotemal dan pelbagai lagi.

SAMSUNG CAMERA PICTURES

The Banjaran Hot Springs Retreat ini terdapat dua jenis villa iaitu Water villa dan Garden Villa. Setiap villa dilengkapi swimming pool dan jakuzi. Disamping itu, tempat ini sangat sesuai bagi pasangan berkahwin untuk berbulan madu dan untuk rawatan holistik. Harga yang sangat berpatutan, servis tiptop dengan pengalaman yang menyeronokkan menjadikan percutian anda sangat indah.

p/s:  Kebanyakan makanan di Pomelo’s Spa Cuisine menggunakan konsep masakan  organik, eco-friendly dan konsep sihat.

Gaharu Tea Valley Gopeng

Pokok Gaharu dikenali sebagai Pokok Karas. Harga Kayu Gaharu ini sangat mahal dari emas dan dijadikan sebagai pelaburan yang sangat menguntungkan, namun risiko perniagaan dan cara penanaman pokok gaharu yang betul perlu dipelajari. Kayu Gaharu digunakan untuk membuat minyak wangi, kosmetik (gred A) dan colok (gred rendah).

Untuk pengetahuan anda, Pokok Gaharu akan disuntik untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Oleh itu, Pokok Gaharu yang sihat akan menghasilkan lebih bermutu bahan wangian dan kosmetik.

Mari berpantun,

‘Sudah gaharu, cendana pula

Sudah tahu, bertanya pula’.

Jejak warisan Pekan Ipoh

SAMSUNG CAMERA PICTURES SAMSUNG CAMERA PICTURES

Jejak warisan Pekan Ipoh

Bangunan lama ini telah mengalami proses pemuliharaan. Usaha dari pihak Majlis PBT bersama NGO bagi membaik pulih serta mengekal bangunan warisan dengan mengecat dinding dan membaiki lantai.

Bangunan yang dimaksudkan seperti :-

  • Railway Station
  • Majestic Hotel
  • Ipoh Tree
  • Town Hall and Old Post Office
  • Birch Memorial Tower
  • Mikasa Photo Studio
  • Chartered Bank
  • Straits Trading Company
  • Mercantile Bank

Kawasan sini sangat sesuai untuk dijadikan “shoot pre wedding” dan ‘post wedding outdoor” bagi bakal pengantin.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Negeri Sembilan Media Trip
Next: Fun trip ke Perak

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.