Rizab antarabangsa BNM AS$110.5 bilion pada 15 November

Rizab antarabangsa BNM AS$110.5 bilion pada 15 November

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$110.5 bilion pada 15 November 2023.

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$110.5 bilion pada 15 November 2023.

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$110.5 bilion (AS$1=RM4.68) pada 15 November 2023.

Menurut bank pusat itu, paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.3 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$98.4 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion), dan aset-aset rizab lain (AS$2.8 bilion).

Sementara itu, jumlah aset adalah sebanyak RM626.44 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM518.85 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.01 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.04 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM66.40 bilion).

Sumber