Ringgit terus mengukuh – Sinar Harian

Ringgit terus mengukuh – Sinar Harian

RINGGIT meneruskan pengukuhan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Jumaat ketika Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.44 peratus kepada 106.33 mata.

Pada jam 9 pagi ini, ringgit naik kepada 4.7205/7255 berbanding 4.7255/7300, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, peningkatan tuntutan pengangguran awal AS kepada 207,000 pada 5 Oktober daripada 204,000 pada minggu sebelumnya, juga terbukti telah mempengaruhi sentimen pelabur.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan itu susut berbanding yen kepada 3.1756/1792 daripada 3.1719/175, rendah berbanding euro kepada 4.9759/9811 daripada 4.9651/9698 semalam dan turun berbanding pound Britain kepada 5.7496/7557 daripada 5.7283/7337 sebelum ini.

Selain itu, ringgit mencatat prestasi bercampur-campur berbanding mata wang Asean.

Ia mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.7650/7837 daripada 12.7927/8115 dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4496/4536 daripada 3.4442/4478, sebelum ini.

Ringgit juga diniagakan hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia dan peso Filipina iaitu masing-masing pada 302.1/302.7 daripada 302.4/303.0 berbanding rupiah manakala berbanding peso pada 8.33/8.34 daripada 8.33/8.35, semalam. – Bernama

Sumber