Ringgit terus catat kenaikan tiga hari berturut-turut

Ringgit terus catat kenaikan tiga hari berturut-turut

Ringgit terus mencatatkan kenaikan untuk hari ketiga berturut-turut dan melonjak daripada paras terendah dalam tempoh 25 tahun berbanding dolar AS. - Gambar hiasan

Ringgit terus mencatatkan kenaikan untuk hari ketiga berturut-turut dan melonjak daripada paras terendah dalam tempoh 25 tahun berbanding dolar AS. – Gambar hiasan

RINGGIT terus mencatatkan kenaikan untuk hari ketiga berturut-turut dan melonjak daripada paras terendah dalam tempoh 25 tahun berbanding dolar AS berikutan data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang rendah mendorong harapan bahawa pengurangan kadar faedah AS akan dilaksanakan lebih awal daripada jangkaan.

Mata wang tempatan telah merosot pada paras terendah dalam tempoh 25 tahun dalam beberapa minggu ini.

NFP, mengukur jumlah pekerjaan yang diwujudkan di AS, meningkat pada kadar yang perlahan kepada 150,000 pada Oktober manakala kadar pengangguran naik sehingga 3.9 peratus selepas kekal pada 3.8 peratus pada dua suku tahun yang lepas, menjejaskan sentimen untuk dolar AS.

Pada 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.6340/6400 berbanding dolar AS daripada 4.7265/7320 pada Jumaat lepas.

Sumber