Nilai ringgit meningkat sebanyak 1.4 peratus berbanding kumpulan unit mata wang rakan perdagangan utama pada suku ketiga. – Gambar hiasan (Gambar kecil: Abdul Rasheed)
NILAI ringgit susut sebanyak 0.2 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku ketiga 2023, seiring dengan penurunan nilai mata wang serantau lain berikutan peningkatan nilai dolar AS, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Bagaimanapun, Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata, nilai ringgit meningkat sebanyak 1.4 peratus berbanding kumpulan unit mata wang rakan perdagangan utama pada suku ketiga berkenaan sebagaimana ditunjukkan oleh kadar pertukaran efektif nominal ringgit (NEER).
“Keadaan kewangan domestik itu didorong terutamanya oleh jangkaan yang berubah-ubah terhadap landasan dasar monetari global.
“Ini khususnya kekukuhan pasaran pekerja AS yang menyebabkan jangkaan pendirian dasar lebih ketat oleh pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk jangka masa lebih lama dan seterusnya kadar faedah AS serta global yang lebih tinggi.