Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal

Pada jam 9.02 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.6645/6750 berbanding dolar AS daripada 4.6675/6720 pada Jumaat lepas. - Gambar hiasan

Pada jam 9.02 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.6645/6750 berbanding dolar AS daripada 4.6675/6720 pada Jumaat lepas. – Gambar hiasan

RINGGIT meneruskan momentum peningkatannya apabila dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Isnin, menjejaki sentimen positif susulan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada minggu lepas, kata penganalisis.

Pada jam 9.02 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.6645/6750 berbanding dolar AS daripada 4.6675/6720 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit diunjur kekal positif pada minggu ini apabila pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka mengubah pendirian dasar monetari pada tahun depan.

“Pasca keputusan FOMC pada 13 Disember, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS berada di bawah paras empat peratus manakala gandingan Indeks Dolar AS (DXY) sekitar 102 mata yang rendah berbanding 104 mata sebelum mesyuarat Fed.

Sumber