Ringgit ditutup tinggi selepas OPR kekal pada 3.00 peratus

Ringgit ditutup tinggi selepas OPR kekal pada 3.00 peratus

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7485/7525 berbanding dolar AS daripada 4.7695/7735 sewaktu ditutup semalam. - Gambar hiasan

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7485/7525 berbanding dolar AS daripada 4.7695/7735 sewaktu ditutup semalam. – Gambar hiasan

RINGGIT ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis pulih selepas dua hari penurunan disebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7485/7525 berbanding dolar AS daripada 4.7695/7735 sewaktu ditutup semalam.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, ringgit mendapat rangsangan daripada langkah BNM dan dasar itu seharusnya memberikan rangsangan kepada ekonomi.

Beliau berkata, panduan ke hadapan BNM mengulangi bahawa tahap dasar monetari semasa kekal menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa inflasi dan prospek pertumbuhan.

Sumber