Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Ringgit pulih daripada situasi terlebih jual untuk ditutup tinggi pada Selasa susulan sentimen yang positif berbanding dolar AS. - Gambar hiasan

Ringgit pulih daripada situasi terlebih jual untuk ditutup tinggi pada Selasa susulan sentimen yang positif berbanding dolar AS. – Gambar hiasan

RINGGIT pulih daripada situasi terlebih jual untuk ditutup tinggi pada Selasa susulan sentimen yang positif berbanding dolar AS.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7825/7865 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7900/7975 pada Isnin iaitu paras terendahnya berbanding dolar AS dalam tempoh 25 tahun.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, aktiviti membeli pada harga rendah membayangkan kemungkinan ringgit akan berada dalam aliran meningkat pada masa depan.

Selain itu, beliau percaya minat terhadap ringgit akan muncul kembali berikutan beberapa perkembangan positif dalam konflik Israel-Hamas.

Sumber