Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan tiga hari

Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan tiga hari

Gambar hiasan - Foto 123RF

Gambar hiasan – Foto 123RF

RINGGIT ditutup rendah sekali gus mengakhiri kenaikan tiga hari berturut-turut pada Khamis, susulan pengambilan untung selepas mata wang tempatan mencecah paras sokongan serta-merta RM4.6611 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6590/6635 berbanding dolar AS daripada 4.6495/6550 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata unit tempatan sedang bergelut untuk mengekalkan kecenderungan meningkatnya selepas menembusi paras sokongan serta-merta.

“Aktiviti pengambilan untung berlaku apabila ringgit mencecah paras sokongan serta-merta,” katanya kepada Bernama.

Sumber