Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan para peniaga menunggu data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan lewat hari ini.

Data IHP itu akan menentukan hala tuju pasaran susulan kenyataan yang cenderung menaikkan kadar faedah oleh Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powel mengenai dasar monetari AS minggu lepas, kata seorang peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.7165/7210 berbanding dolar AS 4.7065/7105 ketika ditutup pada Jumaat. Pasaran ditutup semalam berikutan cuti gantian Deepavali.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, walaupun pertemuan dijangkakan berlaku antara Presiden AS Joe Biden dan Presiden China Xi Jinping di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), ia tidak membawa banyak sokongan untuk ringgit.

Sumber