Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil minggu depan

Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil minggu depan

Urus niaga ringgit diunjur dalam julat kecil sekitar 4.67 hingga 4.68 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan. - Foto hiasan

Urus niaga ringgit diunjur dalam julat kecil sekitar 4.67 hingga 4.68 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan. – Foto hiasan

URUS niaga ringgit diunjur dalam julat kecil sekitar 4.67 hingga 4.68 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan apabila peniaga mencari petunjuk baharu bagi hala tuju pasaran.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, spekulasi pasaran mengenai kemungkinan pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) mengurangkan kadar faedah, juga dijangka mendapat momentum pada bulan ini.

Ini berikutan pengumuman data terkini senarai gaji bukan perladangan (NFP) AS yang lebih rendah daripada jangkaan dan seterusnya kadar inflasi yang susut kepada 3.2 peratus pada Oktober selepas kekal di paras 3.7 peratus sejak dua bulan lepas.

Malah, pada Khamis, tuntutan pengangguran AS meningkat kepada 231,000 minggu lalu daripada 218,000 yang menunjukkan pasaran tenaga kerjanya yang kian lemah.

Sumber