Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini

Gambar hiasan - Foto 123RF

Gambar hiasan – Foto 123RF

RINGGIT diniagakan lebih tinggi berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan pagi ini meskipun data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) yang dikeluarkan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) bercampur-campur.

Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6775/6795 berbanding dolar AS daripada 4.6830/6875 pada penutup Jumaat lepas.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, PMI Komposit EU lebih tinggi pada November 2023, meningkat 47.1 mata daripada 46.5 mata sebelumnya.

Di AS, PMI pula kekal pada 50.7 mata pada Nov 2023 disokong oleh peningkatan dalam sektor perkhidmatan, diikuti dengan sektor pembuatan.

Sumber