Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Pada jam 9.04 pagi, ringgit diniagakan pada 4.6445/6500 berbanding dolar AS daripada 4.6655/6705 pada penutup Isnin. - Gambar hiasan

Pada jam 9.04 pagi, ringgit diniagakan pada 4.6445/6500 berbanding dolar AS daripada 4.6655/6705 pada penutup Isnin. – Gambar hiasan

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, mengambil manfaat daripada kelemahan berterusan nilai mata wang Amerika Syarikat.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit terus disokong dengan baik apabila Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.43 peratus kepada 103.472 mata.

Pada jam 9.04 pagi, ringgit diniagakan pada 4.6445/6500 berbanding dolar AS daripada 4.6655/6705 pada penutup Isnin.

Mohd Afzanizam berkata, lelongan untuk tiga bulan dan enam bulan Perbendaharaan AS memperlihatkan hasil yang lebih rendah, masing-masing kepada 5.27 peratus dan 5.23 peratus.

Sumber