Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Pada jam 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6850/6910 berbanding dolar AS daripada 4.6695/6755 sewaktu ditutup pada Khamis. - Foto hiasan

Pada jam 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6850/6910 berbanding dolar AS daripada 4.6695/6755 sewaktu ditutup pada Khamis. – Foto hiasan

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan terhadap dolar AS menyusut manakala hasil Perbendaharaan AS juga merosot, kata penganalisis.

Pada jam 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6850/6910 berbanding dolar AS daripada 4.6695/6755 sewaktu ditutup pada Khamis.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Tuntutan Pengangguran AS meningkat kepada 220,000 minggu lepas berbanding 218,000 sebelum ini, yang menunjukkan bahawa pasaran buruh AS semakin perlahan, sekali gus menyebabkan Rizab Persekutuan AS dijangka mengekalkan kadar faedah stabil pada bulan depan.

“Hasil Perbendaharaan AS untuk dua tahun dan 10 tahun masing-masing mencatatkan 7.0 dan 9.0 mata asas lebih rendah kepada 4.84 peratus dan 4.44 peratus, manakala Indeks Dolar AS (DXY) pada kadar stabil iaitu 104 mata.

Sumber