Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit memulakan dagangan minggu ini dalam nada positif, dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada pagi Isnin selepas Indeks Dolar AS (DXY) merosot pada Jumaat minggu lepas. - Gambar hiasan

Ringgit memulakan dagangan minggu ini dalam nada positif, dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada pagi Isnin selepas Indeks Dolar AS (DXY) merosot pada Jumaat minggu lepas. – Gambar hiasan

RINGGIT memulakan dagangan minggu ini dalam nada positif, dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada pagi Isnin selepas Indeks Dolar AS (DXY) merosot pada Jumaat minggu lepas.

Pada jam 9.10 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.5430/5500 berbanding dolar AS daripada 4.5515/5565 pada penutup Jumaat.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, DXY merosot apabila angka Gaji Bukan Ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) lebih rendah daripada jangkaan, dengan hanya 187,000 pekerjaan berbanding anggaran konsensus 200,000.

“Ini menunjukkan kelemahan pasaran buruh AS seperti terbukti dalam penghasilan purata pekerjaan sebanyak 258,000 sebulan untuk tujuh bulan pertama, susut dengan ketara daripada 463,000 sebulan dalam tempoh yang sama pada 2022,” katanya kepada Bernama.

Justeru, Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit diniagakan dalam julat kecil RM4.53-RM4.54 pada Isnin.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.2045/2097 daripada 3.1898/1935 pada penutupan Jumaat lalu, lemah berbanding euro kepada 4.9996/0073 daripada 4.9816/9871 minggu lepas dan turun berbanding pound Britain kepada 5.7941/8031 daripada 5.7836/7899 sebelumnya.

Pada masa yang sama, unit tempatan didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang Asean lain.

Ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 299.4/300.0 daripada 299.9/300.5 pada Jumaat tetapi lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.3911/3965 daripada 3.3891/3933, lemah berbanding peso Filipina kepada 8.17/8.18 daripada 8.16/8.17 minggu lepas dan rendah berbanding baht Thai kepada 13.1020/1279 daripada 13.0835/1043 sebelumnya. – Bernama

Sumber