Ringgit dibuka rendah, dolar AS mengukuh

Ringgit dibuka rendah, dolar AS mengukuh

Ringgit memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar AS apabila dolar AS mengukuh berikutan minat baharu dalam kalangan pelabur berikutan krisis di Timur Tengah. - Gambar hiasan.

Ringgit memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar AS apabila dolar AS mengukuh berikutan minat baharu dalam kalangan pelabur berikutan krisis di Timur Tengah. – Gambar hiasan.

RINGGIT memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar AS apabila dolar AS mengukuh berikutan minat baharu dalam kalangan pelabur berikutan krisis di Timur Tengah, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.7150/7200 berbanding dolar AS daripada penutup Jumaat lalu pada 4.7115/7155.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Ssial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, permintaan terhadap dolar AS telah meningkat kerana perkembangan terbaharu dalam konflik Israel-Palestin dijangka menjadi tumpuan hari ini.

“Walaupun masih belum dapat dilihat sama ada konflik ketenteraan boleh diselesaikan dalam tempoh terdekat, kebimbangan terhadap harga minyak mentah adalah sesuatu yang dibimbangkan oleh pasaran,” katanya kepada Bernama.

Pada masa yang sama, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wanga tempatan turun berbanding yen pada 3.1619/1657 daripada 3.1612/1641, susut berbanding euro kepada 4.9847/9900 daripada 4.9720/9763 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.7622/7683 daripada 5.7494/7543 penutupan urus niaga Jumaat lepas.

Berbanding mata wang Asia yang lain, ringgit turut diniagakan lebih rendah kecuali berbanding peso Filipina, menyaksikan ia menambah nilai kepada 8.31/8.33 berbanding penutupan Jumaat pada 8.32/8.33.

Ringgit menyusut berbanding baht Thai menjadi 12.7525/7706 daripada 12.7200/7367, lemah berbanding rupiah Indonesia pada 301.9/302.4 daripada 301.7/302 dan merosot berbanding dolar Singapura pada 3.4519/4559 daripada 3.4458/4493 sebelumnya. – Bernama

Sumber