Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit menyusut nilai kepada 4.6670/6720 berbanding dolar AS daripada 4.6590/6635 pada penutup Khamis. - Gambar hiasan

Ringgit menyusut nilai kepada 4.6670/6720 berbanding dolar AS daripada 4.6590/6635 pada penutup Khamis. – Gambar hiasan

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini apabila peniaga mengambil untung selepas kenaikan baru-baru ini, kata seorang penganalisis.

Pada 9.01 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.6670/6720 berbanding dolar AS daripada 4.6590/6635 pada penutup Khamis.

Petunjuk inflasi Rizab Persekutuan AS dilaporkan terus turun pada bulan Oktober, menyaksikan perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) dan inflasi PCE teras masing-masing susut kepada 3.0 peratus dan 3.5 peratus.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ini menunjukkan dasar monetari AS yang ketat telah memberikan kesan yang wajar terhadap inflasi.

Sumber