Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini menjelang keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat lewat malam ini.

Pada 9.05 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.7675/7720 berbanding dolar AS daripada penutup Selasa 4.7615/7655.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kebanyakan peniaga kini menantikan keputusan FOMC dengan mereka menjangkakan kadar faedah akan dikekalkan.

“Jangkaan tiada kenaikan kadar boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk keadaan ekonomi, trend inflasi, angka pekerjaan dan panduan ke hadapan bank pusat AS.

Sumber