Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7220/7300 berbanding 4.7285/7320, semalam. Foto hiasan

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7220/7300 berbanding 4.7285/7320, semalam. Foto hiasan

RINGGIT memulakan sesi urus niaga awal Khamis dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh perkembangan Indeks Dolar AS (DXY) yang susut kepada 106.773 mata menjelang pengumuman data gaji bukan perladangan (NFP) negara maju itu, esok.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7220/7300 berbanding 4.7285/7320, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu, peserta pasaran kekal berhati-hati menjelang pengumuman NFP dengan ramai pihak mengunjurkan angka itu mencecah 153,000.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit susut berbanding yen kepada 3.1787/1843 daripada 3.1703/1729, rendah berbanding euro kepada 4.9680/9764 daripada 4.9645/9681 semalam dan turun berbanding pound Britain kepada 5.7377/7474 daripada 5.7343/7385 sebelum ini.

Selain itu, ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asia lain.

Ia mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 301.9/302.6 daripada 302.4/302.8 pada Rabu namun rendah berbanding baht Thailand kepada 12.8138/8393 daripada 12.7549/7685 semalam.

Ringgit susut berbanding peso Filipina kepada 8.34/8.35 daripada 8.31/8.32 dan tidak berubah berbanding dolar Singapura pada 3.4462/4523 daripada 3.4462/4492 sebelum ini. – Bernama

Sumber