Ringgit catat prestasi tidak menentu pada 2023

Ringgit catat prestasi tidak menentu pada 2023

Gambar hiasan - Foto Bernama

Gambar hiasan – Foto Bernama

RINGGIT mencatatkan prestasi tidak menentu pada 2023, namun asas ekonomi negara yang kukuh dan semakin bertambah baik telah membantu menyokong mata wang tempatan daripada terus menyusut berbanding dolar AS.

Pada permulaan tahun ini, ringgit menunjukkan prestasi yang memberangsangkan mengambil kesempatan daripada pembukaan semula ekonomi pasca Covid-19 di tengah-tengah jangkaan kitaran kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang kurang agresif.

Bagaimanapun, melangkah ke bulan-bulan seterusya, mata wang tempatan tewas kepada langkah-langkah mengetatkan dasar monetari oleh AS dan menuju ke hujung tahun, ringgit susut 5.40 peratus berbanding dolar AS untuk ditutup pada RM4.634 pada 26 Disember, daripada paras penutup hari dagangan pertamanya tahun ini pada RM4.3965 berbanding dolar AS pada 3 Januari 2023.

Ringgit mencecah paras tertinggi tahun ini pada RM4.229 pada 2 Februari 2023 sebelum jatuh 11.96 peratus kepada RM4.735 berbanding dolar AS pada 19 Oktober paras penutup paling rendah sejak 1998.

Sumber