Raya Serba Baharu tawar 140 produk istimewa

Raya Serba Baharu tawar 140 produk istimewa

PERUNCIT perkakas rumah kegemaran negara, Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad (MR D.I.Y.) menerusi kempen perayaan terbarunya, Raya Serba Baharu menawarkan sebanyak 140 produk istimewa Aidilfitri di cawangan terpilih bermula 15 Mac hingga 30 April ini.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, buat julung kalinya, MR D.I.Y. menawarkan rangkaian produk hari raya terbaharu termasuk kerongsang, dokoh kebaya dan songkok, serta butang baju Melayu.

“Hari Raya adalah salah satu masa untuk kita saling bermaaf-maafan dan mengukuhkan silaturrahim dalam kalangan keluarga, saudara mara dan rakan-rakan. Matlamat kami dengan ‘Raya Serba Baharu’ adalah untuk membolehkan semua rakyat Malaysia memanfaatkan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, sama ada mereka menjadi tuan rumah meraikan keluarga dan rakan-rakan, atau menziarahi orang tersayang.

“Kami telah menyediakan keperluan khas musim perayaan pada ‘Always Low Prices’, menjadikannya mudah diakses oleh rakyat sambil mengurangkan beban kewangan mereka di musim perayaan ini. Ini semua adalah untuk memberi dan menambah nilai kepada rakyat Malaysia untuk meraikan perayaan yang penuh bermakna buat mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

MR D.I.Y. set jag kaca 5 dalam 1 ditawarkan pada harga RM13.90.

MR D.I.Y. set jag kaca 5 dalam 1 ditawarkan pada harga RM13.90.

Beliau berkata, antara produk lain dalam rangkaian itu termasuklah barangan hari raya dan keperluan rumah pada harga berpatutan seperti hiasan gantung, pelekat dan hiasan Raya, hingga ke pelita Raya dan lampu LED, untuk menceriakan kediaman.

“Kami juga menawarkan set jag kaca 5-dalam-1 yang istimewa, dengan diskaun 30 peratus pada RM13.90 (Harga Biasa RM19.90), sesuai untuk menjamu para tetamu. Dan terdapat juga beg hadiah, kotak, dan sampul duit Hari Raya.

“MR D.I.Y. juga menawarkan pembersih isi rumah dan produk penjagaan diri bagi memastikan kediaman dan keluarga berada pada tahap terbaik. Sebagai tambahan kepada rangkaian barangan Hari Raya yang disenaraikan di atas, anak syarikat kumpulan MR D.I.Y., MR. DOLLAR, turut menawarkan makanan ringan, minuman, dan barangan keperluan rumah pada harga berpatutan sempena Hari Raya ini,” katanya.

Goh berkata, MR D.I.Y. bekerjasama dengan dua selebriti terkenal, Wani Kayrie dan Ara Johari, dalam filem web ‘Raya Serba Baharu’ yang akan ditayangkan pada 7 April 2023.

“Filem web ini mencerminkan semangat kami yang sentiasa memberi kesan positif kepada komuniti di mana sahaja kami beroperasi dan sangat menyentuh hati,” katanya.

Beliau berkata, MR D.I.Y. juga bekerjasama dengan tiga penyedia perkhidmatan kewangan untuk menawarkan pulangan tunai dalam premis dan diskaun yang menarik di MR. D.I.Y., MR. TOY dan MR. DOLLAR. Tiga penyedia perkhidmatan kewangan itu adalah dua e-dompet – Boost dan Touch ‘n Go eWallet, serta bank HSBC.

Pelanggan yang berbelanja minimum RM40 di MR. D.I.Y., RM50 di MR. TOY, atau RM30 di MR. DOLLAR di seluruh negara akan menerima empat peket sampul duit Raya percuma, sementara stok masih ada.

Sumber