Rangka Kerja Sukuk Kelestarian UEM capai piawaian

Rangka Kerja Sukuk Kelestarian UEM capai piawaian

RANGKA Kerja Sukuk Kelestarian Berhad UEM Group Berhad (UEM) telah memenuhi piawaian kewangan hijau yang diiktiraf oleh RAM Sustainability.

RAM Sustainability ialah anak syarikat milik penuh RAM Holdings Bhd yang mengkhusus dalam perkhidmatan kemampanan dan analitik alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG).

Syarikat tersebut dalam kenyataan pada Jumaat berkata, inisiatif hijau akan dibiayai di bawah Rangka Kerja Tenaga Boleh Diperbaharui (RE), kecekapan tenaga, pengangkutan bersih dan pencegahan.

Ia termasuk juga kawalan pencemaran berpotensi menyumbang ke arah sasaran penyahkarbonan negara seperti yang ditakrifkan dalam pelan peralihan tenaga negara dan Rancangan Malaysia ke-12.

Sumber