BERPUASA bukan punca pada masalah lupa. Tidak ada istilah ‘lemah sebab berpuasa’. Lemah atau lupa sebab kesalahan sendiri mungkin.
Berpuasa tingkatkan keupayaan tenaga pada sel otak. Sekaligus sebabkan tumbuhnya sel otak baharu. Ini hasil kajian dari National Institute on Aging. Kajian yang sama juga dapati puasa tingkatkan kuasa otak halang penyakit.
Kajian ini juga dapati puasa sebabkan lahirnya brain derived neurotrophic factor (BDNF). BDNF sebabkan lahir sel otak dari stem cells.
Apabila puasa otak tidak guna glukos sebagai sumber tenaga. Tetapi otak dapat tenaga dari ketone – bahan tenaga yang dikeluarkan oleh liver (hati) manusia. Punca dari lemak tubuh manusia.
Berbanding glukos, ketone lebih baik sebagai sumber tenaga kerana:
1. Lebih tenaga efisien.
2. Ketone beri stimulasi kepada neuron di hippocampus untuk hasilkan pengeluar energi mitochondria atau energy-producing mitochondria.
3. Ketone utama ialh BHB. Ia juga adalah pengawal epigenetic. BHB tingkatkan gene expression di dalam otak. Antaranya ialah BDNF. BDNF penting untuk halang sel otak dari mati dan juga terlibat dalam neurogenesis atau terhasilnya sel otak baharu.
4. Ketone halang berlakunya radikal bebas. Radikal bebas sebabkan penuaan.
5. Ketone juga sebabkan perubahan struktur dalam sinapse otak yang penting untuk belajar, memori dan kesihatan otak secara menyeluruh.
Kebaikan berpuasa tidak terhenti pada faktor ketone sahaja. Kajian yang dibentangkan di Preceeding of National Academy of Science tahun 2003 pula dapati puasa bersifat neuroptective. Maksudnya puasa wujudkan sistem pengawalan kepada sel otak. Terutama di bahagian pusat memori manusia iaitu hippocampus.
Jadi mohon untuk tidak kaitkan puasa dengan kelemahan diri. Jangan kaitkan puasa dengan keburukan. Jangan warnakan puasa dengan warna negatif cara hidup kita.
Sumber: #DrRizal